Mencari Azam 2020





Lama benar tak update blog ni. Diusia yang makin meningkat ini, aku makin suka menulis dan meluahkan rasa dengan menulis dari bercerita pada manusia lain. Ada rasa kepuasan disitu.

Sepanjang 2019 banyak benda yang belaku dan banyak benda jugak yang tidak dirancang berlaku.
Aku seorang yang planing segala benda yang aku lakukan,apa aim, apa yang aku nak capai,apa yang patut aku buat,macam mane nak capai, semuanya aku plan.

Jadi untuk tahun 2020 aku masih lagi tiada azam yang padu untuk aku plan dan jalankan. Masih teragak-agak,terfikir-fikir, tercari-cari.Belum dapat ilham yang tepat untuk aku bergerak.

Mungkin disebabkan aku punya matlamat dulu dikabulkan arini.Apa matlamat aku dulu?

Sepuluh tahun dulu, aku ada azam dan cite-cite bila masa umur aku 35 tahun, aku dah tak berkerja dengan syarikat, buat apa yang aku suka, jalani hidup ini dengan aman dan tidak semak dengan masalah kerja dan sekarang aku dapat benda tersebut.

Setiap kali aku cakap benda yang sama dengan diri aku sendiri masa dulu dan kawan-kawan terdekat mesti tahu matlamat aku ni.Bila aku dah dapat matlamat ni aku rasa bersyukur dan aman dalam tempoh masa yang singkat je. 

Tapi lepas tue aku tak boleh sabar, sebab aku bukan seorang yang boleh duduk diam,mesti nak buat sesuatu jugak.Husband aku siap sound bukan ini yang awak nak ke dulu.?

Manusia mana penah cukup,hati jenis berbolak balik dan aku masih mencari arah untuk misi ke 5 tahun ke hadapan sekira dipanjangkan umur. 

Moga Allah kurniakan idea dan kehidupan yang terbaik untuk hidup aku dan keluarga.


Comments

Popular Posts